Tuesday, March 5, 2013

AKHIRNYA IBUKU PERGI JUA

aSsalamualaikum..

Ku masih di sini, di bumi Allah..jauh dari ibu tersayang yang sedang berehat di alam sana menunggu saat kiamat..kerinduan tidak pernah padam ke saat ini...sentiasa ingat terbayang setiap aktiviti bersamanya...bergurau senda bergelak ketawa,...menangis sayu bila masalah mengundang,..menangis kerinduan tatkala berjauhan...tapi itu semua hanya tinggal kenangan..yang pergi tetap akan pergi..yang hidup terpaksa teruskan kehidupan menunggu saat diambil kembali...

Tahun 2012..

Tahun ini adalah tahun yang aku sentiasa ingat pada kematian...ingat yang hidup pasti akan mati...bagaimana rasanya kehilangan orang tersayang...sentiasa risaukan keadaan ma dan abah...risau tatkala mereka pergi tanpa sempat aku bersama dengannya..risau melihat keadaan diri mereka yang sentiasa tidak sihat.... tatkala telefon berdering dari orang di kampung..sentiasa mengharap tiada khabar buruk yang diterima...Alhamdullilah setiap panggilan telefon dari ma tersayang...sentiasa mengadu kesakitan yang biasa alaminya..membuat hati ini sentiasa risau keadaannya...kesian ma keseorangan menghabiskan kerja rumah yang tidak pernah habis tanpa sesiapa membantu..semua orang di rumah sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing tanpa sedar kepentingan ma di rumah itu menyiapkan setiap keperluan mereka...bila perlu datang menangih harapan..bila dah dapat tinggallah ma sendiri mengenangkan nasib...aku pula jauh untuk menemani tatkala kesedihan, kesunyian...anakmu tidak berdaya menemanimu disaat dirimu memerlukan..hanya panggilan telefon yang hanya mampu ku lakukan..sedih bila terkenangkannya..kalaulah along tahu ma akan tinggalkan along secepat ini..along pasti gagahkan jua diri ini sentiasa balik menemanimu ma..tapi itu sudah terlambat buatku...setiap kali berbicara tentang kedukaan ma di sana pasti hati ini sedih tp along tak mampu buat apa-apa..selain menghiburkan ma dengan gurau senda agar beban dihati ringan walaupun sedikit...sentiasa mengatakan ma bertuah diberi ujian dari Allah kerana Allah sayangkan ma..Ma insan terpilih di sisi Allah untuk melalui semua ujian yang hebat ini...itu je yang mampu aku katakan bagi meredakan kedukaan ma..sedangkan aku sendiri pun tidak mampu menahan dugaan dari Allah..

Banyak perkara yang berlaku pada tahun 2012, banyak juga dugaan dan kedukaan ma pada tahun itu..banyak juga ma luahkan pada along walaupun ada banyak juga yang ma pendamkan...along tahu ma sedih dengan sikap kami adik beradik..along minta maaf ma...ma kata ma tak sanggup nak laluinya lagi..tapi ma tak tau nak buat mcmana...

Tahun 2013

Akhirnya Allah telah membuat keputusan yang terbaik buat ma dengan mengambil ma dulu dari kami sebelum banyak lagi perkara tidak baik berlaku...Allah tidak mahu lagi melalui kehidupan yang derita lagi kat dunia ini...sebab itu Allah ambil ma...Allah sangat sayangkan ma..kehidupan ma di atur dengan sangat cantik..lahirnya ma pada 13/11/1960 dan ma tinggalkan dunia ini 13/1/2013...satu tarikh yang sangat indah dalam hidup ma..tinggalkan kami pada bulan kelahiran nabi pada 1 rabiuawal 1434...ma pergi sempat memohon ampun pada suami yang amat ma cintai..ma berkhidmat pada suami ma sampai akhir hayat...melayan anak-anak dengan lembut sekali walaupun anak-anak menyakiti hati ma ..melayan cucu-cucu dengan penuh kesabaran...sebelum ma pergi hanya air yassin yang masuk dalam badan ma dalam masa 2 minggu sebelum ma pergi...melakukan ibadat sampai saat akhir hayat ma...ma mcm sudah bersedia untuk pergi meninggalkan kami dan dunia ini...Harap Allah bagi terbaik untuk ma di sana..moga roh ma dicucuri rahmat dari Allah...Al-fatihah..




4 comments:

  1. Tersentuh bace entry ni sebab mungkin kisah ini banyak persamaan dengan kehidupan kita, cuma bezanya ibu kita masih ada lagi dan mengharungi apa yang ma along lalui.. namun sebagai anak, akan kita cuba yang terbaik untuk membahagiakan ibu sementara dia masih bersama kerana ibu takkan boleh diganti dengan sesiapa pun.

    Takziah along.. semoga ma along aman disana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

    Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  2. terima ina...mmg terasa sangat perginya seorang ibu..kita harus layan ibu bagaikan raja..bagaimana kita menyambut kedatangan org besar2..begitu juga kita harus sambut ibu kita..layanan bagaikan puteri harus ibu kita rasai sementara dia ada...tp along tak berkesempatan lagi untuk berbakti padanya di dunia ini..cuma ayat-ayat Al-quran sabagai hadiah terindah buatnya disana..

    ReplyDelete
  3. aku follow ko ye nurul. apa2 pun takziah utk ko sekeluarga atas pemergian ibu aka cikgu azizah..moga rohnya dicucuri rahmat..amin..

    ReplyDelete