Monday, March 25, 2013

bahagia bersama ma..bahagian 2

Rutin dalam berpantang...

Setiap hari celik mata pasti aku akan mencari ma dulu..tanya hari-hari nak sarapan apa..selalu ma dan abah pergi mencari sarapan atau ma seorang pagi-pagi lagi dah bangun mencari sarapan..kalau berkesempatan aku akan follow sekali cari sarapan..begitulah kebanyakkan rutin harian selama cuti berpantang di rumah...

Hari-hari pukul 10.00 pagi rutin tengok drama "Ular Emas" di TV9 bersama ma tersayang...ma begitu excited setiap kali nak ikuti episod-episodnya drama ini. Alhamdullilah sebelum ma pergi sempat ikuti episod ini sampai last episod mcm bagi isyarat ma aku dah nak pergi..kenangan bersama menonton drama ini buat aku sedih bila teringat telatah aku dan ma sewaktu menonton drama ini...siap-siap bawa sarapan depan tv..tak mau lepaskan peluang melihat..ma kelihatan sangat semangat setiap kali drama ni nak mula...bila nak kuar je..ikutlah episod dalam kereta pula..nasib baik kereta ada tv..boleh lah tengok...rindu ye bila terkenang saat bersama ma...kalo teringat kembali jelas saat akhir hidup ma nak diri ma happy dengan tengok cerita2 di tv..mungkin ma tahu ma takan dapat lagi nak begitu...

Satu lagi saat yang ku ingat..sewaktu menonton cerekarama malam sabtu..mlm itu ada bola pula jadi seperti biasa tv milik abah..jadi ma tak dapat nak tengok tv dalam umah..ma lebih rela kuar masuk kereta tengok tv..jarang ma buat macam tu...kelihatan ma sangat gembira tengok drama tu kerana cerita kelakar...tapi citer tu aku terlupa..aku datang join ma dalam kereta bila anak senyap dalam umah...tapi tak dapat nak lama ngan ma tengok citer tu..anak nangis..abah dah panggil..lepas pujuk anak..join balik ma dalam kereta sambung gelak ngan ma...saat-saat akhir ma hanya nak gembirakan hati ma sendiri tak nak fikir kesedihan...ma maafkan along tak dapat nak gembirakan hati ma..along sayang ma...

Kalo diimbas kembali banyak drama yang berepisod ma tengok dan kebanyakkan episod yang ma ikut dapat ma ikut sampai episod terakhir..macam tanda ma akn pergi selamanya menghabiskan episod dirinya di dunia ini..cuma  drama "Dendam Sarakit' je ma tak dapat tengok episod terakhir..kerana ma sudah pergi meninggalkan dunia ini....sedih ye...rindu ma...

Ma tinggalkan TV besar pada abah supaya abah dapat menonton tv dengan jelas...erm..lepas ni abah lah sorang-sorang ngadap tv tengok bola  ye..hehe..ma tak da nak ganggu...




Sunday, March 24, 2013

aLONG DAN aDiK2 rINDU mA...

aSSALAMUALaikum,

Dari kecil Kehidupan aku dan adik-adik rapat dengan ma..tidak rapat sangat dengan abah..abah busy jadi kami sentiasa dengan arwah ma..ma segalanya untuk..aturan hidup kami semua dengan ma..ma buat segalanya untuk kami adik-beradik...tak pernah lekang mendidik kami, bagi nasihat, marah bila silap, pujuk bila sedih..semua yang terbaik untuk anak-anaknya..ma banyak berkorban untuk anak-anaknya..walaupun dia banyak sangat terasa hati dengan anak-anaknya tapi dia diam je..simpan perasaan dia..tanggung kesedihan sendiri..tanpa anak-anak tidak sedar akan kesedihan nya..kehidupannya penuh kekecewaan terhadap anak-anaknya..waktu kecil kami adik beradik di tantang bagaikan minyak yang penuh..dewasa ini anak-anak banyak buat dia terluka..buat dia menangis..setitis air mata ibu jatuh kebumi tidak bau surga tapi kami adik beradik banyak buat ma menangis..adakah dosa kami terampun oleh ma dan Allah..ampunkan dosa kami Ya Allah...kami banyak buat ma bersedih..kami tak mampu gembirakan hatinya...kami banyak lukakan hatinya...Ya Allah besar sungguh dosa kami terhadapnya..kini ma tiada lagi..adakan ma ampun kan kami sebelum pergi..Dengan izin Allah kami harap ma mapunkan kami yang banyak dosa ini...
   
     Kami adik beradik amat terasa kehilangan ma tersayang..mengharap ma kembali mahu terbaik untuk ma..tapi itu semua sudah terlambat...tak mungkin ma kan hidup kembali...rindu amat mengcekam hati...sentiasa merindui dan terbayang wajah ma...ma kami harap ma tenang di sana..memdapat kebahagiaan dari Allah yang kekal abadi..sesungguhnya Allah amat menyayangi ma lebih dari kami...

     Ma seorang insan yang sangat baik..tidak berdendam walaupun ramai yang buat ma sakit hati ma tetap layan mereka dengan baik..melayan kami adik - beradik dengan baik walaupun kami banyak sakitkan hati ma...mulia sungguh hati ma...tak termampu untuk kami membalas segala pergorbanan ma...ma layak mendapat yang terbaik di dunia dan akhirat..tapi along tahu ma derita bersama kami...mungkin Allah nak bagi kebahagian kat ma di sana..kami lah yang sekarang hidup dalam kerugian tidak dapat berjasa kepada ma..kami telah sia-siakan nya sewaktu ma masih ada..sekarang ma dah tiada..kami tiada lagi peluang itu...Ya Allah sesungguhnya kami dalam kerugian...







Ya Allah Sesungguhnya Kami merindui Ma Kami..Berilah Yang Terbaik Untuknya Di sana Ya Allah...Amin

INDAHNYA BERSAMA MA..ibu tercinta

aSSALAMUALAIkum..

Syukur ke hadrat Ilahi, aku masih lagi tegar meneruskan hidup ini tanpa ibu kesayangku...walaupun hati ini tidak pernah putus mengingatinya aku harus menjalanai hidup ini dengan tabah..menyibukkan diri adalah salah satu cara aku untuk mengawal kerinduan ini..

tanggal 2/11/2012 -  ibuku beria-ria datang menghantar kawan adik ke putrajaya 2 hari sebelum menaiki bas...hampir tidak jadi hantar kerana bas yang sepatutnya menghantar ibuku, adik dan kawannya telah terlepas..ibuku menelefon mengatakan bas terlepas dengan nada yang sedih, jarang perkara ini berlaku sepanjang ibuku naik bas ke mana-mana..tapi aku bagi saranan ambil tiket baru ke kl dan nanti aku akan jemputnya..alhamdullillah akhirnya ibu dapat juga datang menghantar kawan adiK aku itu..

Tanggal 4/11/2012 - Tiada perancangan yang ibuku akan ada di saat aku ingin melahirkan anakku kedua..anakku kedua Wafeeqa Aqeela telah selamat dilahirkan pada tarikh tersebut dan kebetulan juga ibuku turut berada di Putrajaya..Allah dah atur perjalanan kehidupanku bersama ibuku sangat cantik...jadi permulaan cuti bersalin aku adalah bersama ibuku..memang niat aku yang cuti bersalin ini aku nak lama bersama dengan ibu aku..tak sangka Allah makbulkan...dari hari pertama cuti bersalin tercatat untukku aku bersama dengan ibu tersayang...malam hari itu aku mengharapkan ibuku datang tapi menurut kata abang susah nak bawa ibu malam-malam kerana dia pun ada kerja..ma aku telefon..ada sedikit suara kecewa tak dapat datang malam itu bersama-sama aku di hospital.. tapi Alhamdullilah akhirnya abang menukar keputusan tetap membawa ibuku melawat aku pada malm hari tersebut dengan membawa makanan yang ibuku masak...

Tanggal 5/11/2012 -  aku dibenarkan pulang di sambut oleh ibuku..ibuku terpaksa memohon cuti mengajar pada hari tersebut..pada hari tersebut malamnya aku dan ibuku serta suami dan anak bertolak balik ke kuantan...bahagia sungguh dapat bersama ma balik ke kuantan untuk berpantang dan yang paling penting dapat duduk dengan ma lebih lama..tambahan pula minggu berikutnya adalah permulaan cuti sekolah akhir tahun, jadi ma akan bersama aku di rumah...saat yang aku tunggu menghabiskan masa bersama ma...


Bermula hidup berpantang di rumah bersama ma tersayang...rutin bagi orang berpantang biasa lah ..pelbagai pantang larang yang harus dipatuhi.. NANTI SAMBUNG LAGI..

Sunday, March 17, 2013

Hidup mesti Diteruskan..

Assalamualaikum,

Sudah 2 bulan ma pergi meninggalkan aku kesunyian tanpa suara kedengaran..tanpa suara nasihat, tanpa suara gurauan, tanpa suara merintih kekecewaan, tanpa suara mengadu kasih, tanpa tangisan kerinduan, tanpa cerita suka dan duka, sepi tanpa perkhabaran..kebosanan menghitung hari...hilang semangat nak meneruskan langkah ini..membiarkan hidup ini melalui waktu yang semakin singkat, melayan rindu yang bertamu dihati, membayangi setiap waktu bersama..tatkala rindu datang air mata pasti menitis di pipi, bercakap sendiri, melihat gambar, mengigati kata-kata azimat, sebagai pengubat rindu. Wajahmu ibu sentiasa terbayang di mata, tatkala terkenang wajah kesedihan, kegembiraan, kekecewaan dan kahampaan hati ini diruntun sayu, melihat wajahmu ketika tidur, sungguh keletihan menguruskan suami, anak-anak dan cucu-cucu. tiada perasaan jemu diwajahmu menyumbang keringat kepada kami. aku melihat wajahmu penuh dengan kesedihan mengenangkan nasib..adakah orang sekelilingmu perasan keadaanmu ini semasa hayatmu...tapi aku sebagai anak hanya mampu melihat tanpa buat apa-apa, along tak tahu nak tolong ma mcmana, biar mereka tahu penderitaan ma selama ini, pengorbanan ma selama ini...terlalu banyak tak mampu mereka dapat membalasnya begitu juga along ma...kadang-kadang bila ma pergi kini along rasa teruk sangat tak dapat nak bagi ma yang terbaik semasa ma ada...tapi masa itu tidak boleh diundur kembali, hanya penyesalan yang bermain di minda, hanya kesedihan mengesalinya,..




Ma..semalam along rasa lemah sangat rindukan ma, along lihat gambar ma, along bercakap ngan ma, along ada mimpikan ma, along cium ma, along peluk ma..rugi betul along tak peluk ma banyak2 masa along bersama ma masa cuti haritu..kadang-kadang along rasa macam tak mampu nak harungi hidup ini, tapi along tetap kena teruskan hidup ini..tanpa ma...bila along sedih, tension, along lega dengar suara ma walaupun along tak ceritakan masalah along..tapi kini bila along sedih, tension along tak tahu nak buat apa...membiarkan sahaja ia mencengkam jiwa ini..sakit sangat ma...along tetap rindukan ma..inilah ujian yang sangat hebat bagi along kehilangan ma tercinta..semoga ma bahagian di alam sana..Al-Fatihah





Tuesday, March 12, 2013

hAMPa lagi..

aSSALAmUALaIKUM..

Hari ni genap umur aku 31 tahun 1 hari...hari makin kedepan umur makin menginjak..amalan hidup masih kurang..ajal makin dekat..kita tak tahu bila ajal kita..tapi kita harus usaha untuk tambahkan saham akhirat kita...sambutan hari lahir aku tahun ini rasa hampa bila teringat arwah ma...air mata pasti jatuh tatkala teringat setiap kali teringat doa arwah ma setiap kali besday datang..mengharapkan aku bahagia bersama keluarga yang terbina..tapi aku tetap dalam kedukaan..tiada sambutan terindah dari yang tersayang tahun ini...hampa lagi..mengharap dan mengharap..Kedukaan itu makin terasa tahun ini dengan tambahnya kehilangan ma tersayang...rindu semakin mendalam teringatkan arwah ma..kadang2 rasa hidup ini down sangat..tapi Allah itu Maha Penyayang..Dia hadiahkan aku anak2 yang comel supaya aku boleh teruskan hidup ini dengan baik...

      Baru semalam rasa ma tinggalkan aku..kesedihan masih kuat terasa..sunyi sangat hidup ini tanpa ma..ma... mampu ke along hidup dengan baik tanpa ma..orang lain pun kehilangan orang yang mereka sayang tapi mereka nampak kuat ma...mampu ke along ma...walaupun along jarang jumpa ma tapi along rasa  ma dekat dengan along selama ini..tapi kini ma jauh sangat pergi tinggalkan along..tapi ma tetap di hati along..ma dah tiada kat dunia ini dan along rasa x da apa lagi untuk along harapkan dan buat dalam hidup ini...sebab sebelum ini apa yang along buat dalam hidup along..apa yang along kejar dalam hidup along semua adalah untuk ma...along nak kan anak supaya dapat bagi ma cucu dari along..along nak pekerjaan yang baik supaya along dapat penuhi segala keperluan ma...along sambung belajar supaya boleh banggakan ma...tapi sekarang semua mcm tak da makna lagi...tapi Allah masih sayangkan along sebab itu Allah masih adakan along kat dunia ini supaya along boleh lagi beribadat kepadanya memohon keampunan dari Nya atas dosa-dosa along sebelum ini...Ma kuatnya aura ma dalam hidup along...along rindukan ma...



Kek hari lahir terakhir masa arwah ma ada..

Monday, March 11, 2013

PERTAMA KALI...

Assalamualaikum,

Pertama kali dalam hidup ini menyambut hari lahir tanpa ucapan dari ma tersayang....selalunya ma akan wish and sediakan hadiah tp tahun ini semua itu hanya kenangan...rindunya along kat ma...terlalu cepat ma tinggalkan along tp itu semua kehendak Allah..kita didunia hanya pinjaman dari Allah jd kita kena redha bila Allah ambilnya kembali walaupun hati ini sangat berat nak melepaskannya..tiada lagi ucapan besday dari orang tersayang..tak tau bererti lagi hidup ini..kalo tiada anak-anak dalam hidup ini..pasti hidup ini lagi tidak bermakna...ma tinggalkan along bila Allah makbulkan permintaan along supaya along tidak sunyi..ma tinggalkan along bersama-sama anak-anak along supaya along tak sedih bila ma pergi..tapi ma tetap dihati along sepanjang hayat hidup along...selagi ada hayat ini, along akan sentiasa merindui ma dan teringatkan ma...along tak tau cmana nak buat hati ini tenang...sejak ma pergi hati along tak pernah tenang..kenapa ya?...along sentiasa susah hati, nak marah..mungkin kehilangan ma dalam hidup along adalah perkara paling besar yang pernah along lalui... walaubagaimanapun aku harus tempuhinya juga...

Sunday, March 10, 2013

MIMPI ARWAH MA

aSSALAMUALAIkUM..

Rindu ma lagi..Semalam mimpi ma hadir dalam mimpi...mimpi bagaikan ma dibangkitkan semula...dihidupkan kembali..datang kembali hidup bersamaku...dalam mimpi tu hanya ada adik aku huda dan fathihah..fathihah mcm biasa begitu juga sikapnya...huda biasa aje..aku pula dekat dengan ma..ma carikan aku tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan baju yang dipakai...nak pergi majlis tp tak tau majlis ape..balik majlis ma, aku datang kat ma aku cakap kat dia aku minta maaf banyak-banyak..ma aku cakap susah kalo terlalu sayangkan ma..tapi itulah hakikatnya aku amat sayangkan ma aku...semua orang akan sayangkan ibunya termasuklah aku...aku terjaga tp jelas ku terbayang wajah ma ketika itu...berseri-seri..moga ma tenang di alam sana..kali terakhir aku lihat wajah ma pada malam majlis tahlil ma ke-3...terjaga malam ternampak ma di depan pintu bilik ma tersenyum hambar memandang aku dari jauh..masih jelas bayangan itu di mata aku..aku tak sangka aku akan melaluinya...rindu nak berbual macm-macm ngan arwah..ma along banyak cerita nak cerita pada ma pasal kehidupan along sekarang..pasal uwais dan wafeeqa kat ma..tp itu hanya  angan-angan sahaja..tak mungkin lagi aku akan dapat bercakap dengan ma..aku harap dapat jumpa ma kat Syurga..tapi layakkah aku untuk kesana..sesungguhnya aku banyak dosa pada Allah..Ya Allah ampunkan Dosaku..moga dapat jumpa ma kat Syurga...

Tuesday, March 5, 2013

AKHIRNYA IBUKU PERGI JUA

aSsalamualaikum..

Ku masih di sini, di bumi Allah..jauh dari ibu tersayang yang sedang berehat di alam sana menunggu saat kiamat..kerinduan tidak pernah padam ke saat ini...sentiasa ingat terbayang setiap aktiviti bersamanya...bergurau senda bergelak ketawa,...menangis sayu bila masalah mengundang,..menangis kerinduan tatkala berjauhan...tapi itu semua hanya tinggal kenangan..yang pergi tetap akan pergi..yang hidup terpaksa teruskan kehidupan menunggu saat diambil kembali...

Tahun 2012..

Tahun ini adalah tahun yang aku sentiasa ingat pada kematian...ingat yang hidup pasti akan mati...bagaimana rasanya kehilangan orang tersayang...sentiasa risaukan keadaan ma dan abah...risau tatkala mereka pergi tanpa sempat aku bersama dengannya..risau melihat keadaan diri mereka yang sentiasa tidak sihat.... tatkala telefon berdering dari orang di kampung..sentiasa mengharap tiada khabar buruk yang diterima...Alhamdullilah setiap panggilan telefon dari ma tersayang...sentiasa mengadu kesakitan yang biasa alaminya..membuat hati ini sentiasa risau keadaannya...kesian ma keseorangan menghabiskan kerja rumah yang tidak pernah habis tanpa sesiapa membantu..semua orang di rumah sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing tanpa sedar kepentingan ma di rumah itu menyiapkan setiap keperluan mereka...bila perlu datang menangih harapan..bila dah dapat tinggallah ma sendiri mengenangkan nasib...aku pula jauh untuk menemani tatkala kesedihan, kesunyian...anakmu tidak berdaya menemanimu disaat dirimu memerlukan..hanya panggilan telefon yang hanya mampu ku lakukan..sedih bila terkenangkannya..kalaulah along tahu ma akan tinggalkan along secepat ini..along pasti gagahkan jua diri ini sentiasa balik menemanimu ma..tapi itu sudah terlambat buatku...setiap kali berbicara tentang kedukaan ma di sana pasti hati ini sedih tp along tak mampu buat apa-apa..selain menghiburkan ma dengan gurau senda agar beban dihati ringan walaupun sedikit...sentiasa mengatakan ma bertuah diberi ujian dari Allah kerana Allah sayangkan ma..Ma insan terpilih di sisi Allah untuk melalui semua ujian yang hebat ini...itu je yang mampu aku katakan bagi meredakan kedukaan ma..sedangkan aku sendiri pun tidak mampu menahan dugaan dari Allah..

Banyak perkara yang berlaku pada tahun 2012, banyak juga dugaan dan kedukaan ma pada tahun itu..banyak juga ma luahkan pada along walaupun ada banyak juga yang ma pendamkan...along tahu ma sedih dengan sikap kami adik beradik..along minta maaf ma...ma kata ma tak sanggup nak laluinya lagi..tapi ma tak tau nak buat mcmana...

Tahun 2013

Akhirnya Allah telah membuat keputusan yang terbaik buat ma dengan mengambil ma dulu dari kami sebelum banyak lagi perkara tidak baik berlaku...Allah tidak mahu lagi melalui kehidupan yang derita lagi kat dunia ini...sebab itu Allah ambil ma...Allah sangat sayangkan ma..kehidupan ma di atur dengan sangat cantik..lahirnya ma pada 13/11/1960 dan ma tinggalkan dunia ini 13/1/2013...satu tarikh yang sangat indah dalam hidup ma..tinggalkan kami pada bulan kelahiran nabi pada 1 rabiuawal 1434...ma pergi sempat memohon ampun pada suami yang amat ma cintai..ma berkhidmat pada suami ma sampai akhir hayat...melayan anak-anak dengan lembut sekali walaupun anak-anak menyakiti hati ma ..melayan cucu-cucu dengan penuh kesabaran...sebelum ma pergi hanya air yassin yang masuk dalam badan ma dalam masa 2 minggu sebelum ma pergi...melakukan ibadat sampai saat akhir hayat ma...ma mcm sudah bersedia untuk pergi meninggalkan kami dan dunia ini...Harap Allah bagi terbaik untuk ma di sana..moga roh ma dicucuri rahmat dari Allah...Al-fatihah..