Sunday, March 17, 2013

Hidup mesti Diteruskan..

Assalamualaikum,

Sudah 2 bulan ma pergi meninggalkan aku kesunyian tanpa suara kedengaran..tanpa suara nasihat, tanpa suara gurauan, tanpa suara merintih kekecewaan, tanpa suara mengadu kasih, tanpa tangisan kerinduan, tanpa cerita suka dan duka, sepi tanpa perkhabaran..kebosanan menghitung hari...hilang semangat nak meneruskan langkah ini..membiarkan hidup ini melalui waktu yang semakin singkat, melayan rindu yang bertamu dihati, membayangi setiap waktu bersama..tatkala rindu datang air mata pasti menitis di pipi, bercakap sendiri, melihat gambar, mengigati kata-kata azimat, sebagai pengubat rindu. Wajahmu ibu sentiasa terbayang di mata, tatkala terkenang wajah kesedihan, kegembiraan, kekecewaan dan kahampaan hati ini diruntun sayu, melihat wajahmu ketika tidur, sungguh keletihan menguruskan suami, anak-anak dan cucu-cucu. tiada perasaan jemu diwajahmu menyumbang keringat kepada kami. aku melihat wajahmu penuh dengan kesedihan mengenangkan nasib..adakah orang sekelilingmu perasan keadaanmu ini semasa hayatmu...tapi aku sebagai anak hanya mampu melihat tanpa buat apa-apa, along tak tahu nak tolong ma mcmana, biar mereka tahu penderitaan ma selama ini, pengorbanan ma selama ini...terlalu banyak tak mampu mereka dapat membalasnya begitu juga along ma...kadang-kadang bila ma pergi kini along rasa teruk sangat tak dapat nak bagi ma yang terbaik semasa ma ada...tapi masa itu tidak boleh diundur kembali, hanya penyesalan yang bermain di minda, hanya kesedihan mengesalinya,..




Ma..semalam along rasa lemah sangat rindukan ma, along lihat gambar ma, along bercakap ngan ma, along ada mimpikan ma, along cium ma, along peluk ma..rugi betul along tak peluk ma banyak2 masa along bersama ma masa cuti haritu..kadang-kadang along rasa macam tak mampu nak harungi hidup ini, tapi along tetap kena teruskan hidup ini..tanpa ma...bila along sedih, tension, along lega dengar suara ma walaupun along tak ceritakan masalah along..tapi kini bila along sedih, tension along tak tahu nak buat apa...membiarkan sahaja ia mencengkam jiwa ini..sakit sangat ma...along tetap rindukan ma..inilah ujian yang sangat hebat bagi along kehilangan ma tercinta..semoga ma bahagian di alam sana..Al-Fatihah





No comments:

Post a Comment