Sunday, March 10, 2013

MIMPI ARWAH MA

aSSALAMUALAIkUM..

Rindu ma lagi..Semalam mimpi ma hadir dalam mimpi...mimpi bagaikan ma dibangkitkan semula...dihidupkan kembali..datang kembali hidup bersamaku...dalam mimpi tu hanya ada adik aku huda dan fathihah..fathihah mcm biasa begitu juga sikapnya...huda biasa aje..aku pula dekat dengan ma..ma carikan aku tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan baju yang dipakai...nak pergi majlis tp tak tau majlis ape..balik majlis ma, aku datang kat ma aku cakap kat dia aku minta maaf banyak-banyak..ma aku cakap susah kalo terlalu sayangkan ma..tapi itulah hakikatnya aku amat sayangkan ma aku...semua orang akan sayangkan ibunya termasuklah aku...aku terjaga tp jelas ku terbayang wajah ma ketika itu...berseri-seri..moga ma tenang di alam sana..kali terakhir aku lihat wajah ma pada malam majlis tahlil ma ke-3...terjaga malam ternampak ma di depan pintu bilik ma tersenyum hambar memandang aku dari jauh..masih jelas bayangan itu di mata aku..aku tak sangka aku akan melaluinya...rindu nak berbual macm-macm ngan arwah..ma along banyak cerita nak cerita pada ma pasal kehidupan along sekarang..pasal uwais dan wafeeqa kat ma..tp itu hanya  angan-angan sahaja..tak mungkin lagi aku akan dapat bercakap dengan ma..aku harap dapat jumpa ma kat Syurga..tapi layakkah aku untuk kesana..sesungguhnya aku banyak dosa pada Allah..Ya Allah ampunkan Dosaku..moga dapat jumpa ma kat Syurga...

No comments:

Post a Comment