Sunday, March 24, 2013

INDAHNYA BERSAMA MA..ibu tercinta

aSSALAMUALAIkum..

Syukur ke hadrat Ilahi, aku masih lagi tegar meneruskan hidup ini tanpa ibu kesayangku...walaupun hati ini tidak pernah putus mengingatinya aku harus menjalanai hidup ini dengan tabah..menyibukkan diri adalah salah satu cara aku untuk mengawal kerinduan ini..

tanggal 2/11/2012 -  ibuku beria-ria datang menghantar kawan adik ke putrajaya 2 hari sebelum menaiki bas...hampir tidak jadi hantar kerana bas yang sepatutnya menghantar ibuku, adik dan kawannya telah terlepas..ibuku menelefon mengatakan bas terlepas dengan nada yang sedih, jarang perkara ini berlaku sepanjang ibuku naik bas ke mana-mana..tapi aku bagi saranan ambil tiket baru ke kl dan nanti aku akan jemputnya..alhamdullillah akhirnya ibu dapat juga datang menghantar kawan adiK aku itu..

Tanggal 4/11/2012 - Tiada perancangan yang ibuku akan ada di saat aku ingin melahirkan anakku kedua..anakku kedua Wafeeqa Aqeela telah selamat dilahirkan pada tarikh tersebut dan kebetulan juga ibuku turut berada di Putrajaya..Allah dah atur perjalanan kehidupanku bersama ibuku sangat cantik...jadi permulaan cuti bersalin aku adalah bersama ibuku..memang niat aku yang cuti bersalin ini aku nak lama bersama dengan ibu aku..tak sangka Allah makbulkan...dari hari pertama cuti bersalin tercatat untukku aku bersama dengan ibu tersayang...malam hari itu aku mengharapkan ibuku datang tapi menurut kata abang susah nak bawa ibu malam-malam kerana dia pun ada kerja..ma aku telefon..ada sedikit suara kecewa tak dapat datang malam itu bersama-sama aku di hospital.. tapi Alhamdullilah akhirnya abang menukar keputusan tetap membawa ibuku melawat aku pada malm hari tersebut dengan membawa makanan yang ibuku masak...

Tanggal 5/11/2012 -  aku dibenarkan pulang di sambut oleh ibuku..ibuku terpaksa memohon cuti mengajar pada hari tersebut..pada hari tersebut malamnya aku dan ibuku serta suami dan anak bertolak balik ke kuantan...bahagia sungguh dapat bersama ma balik ke kuantan untuk berpantang dan yang paling penting dapat duduk dengan ma lebih lama..tambahan pula minggu berikutnya adalah permulaan cuti sekolah akhir tahun, jadi ma akan bersama aku di rumah...saat yang aku tunggu menghabiskan masa bersama ma...


Bermula hidup berpantang di rumah bersama ma tersayang...rutin bagi orang berpantang biasa lah ..pelbagai pantang larang yang harus dipatuhi.. NANTI SAMBUNG LAGI..

No comments:

Post a Comment