Monday, March 25, 2013

bahagia bersama ma..bahagian 2

Rutin dalam berpantang...

Setiap hari celik mata pasti aku akan mencari ma dulu..tanya hari-hari nak sarapan apa..selalu ma dan abah pergi mencari sarapan atau ma seorang pagi-pagi lagi dah bangun mencari sarapan..kalau berkesempatan aku akan follow sekali cari sarapan..begitulah kebanyakkan rutin harian selama cuti berpantang di rumah...

Hari-hari pukul 10.00 pagi rutin tengok drama "Ular Emas" di TV9 bersama ma tersayang...ma begitu excited setiap kali nak ikuti episod-episodnya drama ini. Alhamdullilah sebelum ma pergi sempat ikuti episod ini sampai last episod mcm bagi isyarat ma aku dah nak pergi..kenangan bersama menonton drama ini buat aku sedih bila teringat telatah aku dan ma sewaktu menonton drama ini...siap-siap bawa sarapan depan tv..tak mau lepaskan peluang melihat..ma kelihatan sangat semangat setiap kali drama ni nak mula...bila nak kuar je..ikutlah episod dalam kereta pula..nasib baik kereta ada tv..boleh lah tengok...rindu ye bila terkenang saat bersama ma...kalo teringat kembali jelas saat akhir hidup ma nak diri ma happy dengan tengok cerita2 di tv..mungkin ma tahu ma takan dapat lagi nak begitu...

Satu lagi saat yang ku ingat..sewaktu menonton cerekarama malam sabtu..mlm itu ada bola pula jadi seperti biasa tv milik abah..jadi ma tak dapat nak tengok tv dalam umah..ma lebih rela kuar masuk kereta tengok tv..jarang ma buat macam tu...kelihatan ma sangat gembira tengok drama tu kerana cerita kelakar...tapi citer tu aku terlupa..aku datang join ma dalam kereta bila anak senyap dalam umah...tapi tak dapat nak lama ngan ma tengok citer tu..anak nangis..abah dah panggil..lepas pujuk anak..join balik ma dalam kereta sambung gelak ngan ma...saat-saat akhir ma hanya nak gembirakan hati ma sendiri tak nak fikir kesedihan...ma maafkan along tak dapat nak gembirakan hati ma..along sayang ma...

Kalo diimbas kembali banyak drama yang berepisod ma tengok dan kebanyakkan episod yang ma ikut dapat ma ikut sampai episod terakhir..macam tanda ma akn pergi selamanya menghabiskan episod dirinya di dunia ini..cuma  drama "Dendam Sarakit' je ma tak dapat tengok episod terakhir..kerana ma sudah pergi meninggalkan dunia ini....sedih ye...rindu ma...

Ma tinggalkan TV besar pada abah supaya abah dapat menonton tv dengan jelas...erm..lepas ni abah lah sorang-sorang ngadap tv tengok bola  ye..hehe..ma tak da nak ganggu...




No comments:

Post a Comment