Tuesday, September 1, 2009

BALIK KAMPUNG..........

macam pakar bedah..hehehe

dah lama tak balik kampung...puasa dah beberapa hari baru dapat balik kg jumpa keluaraga..tapi aku balik hanya berdua dengan adik aku...sedih nak tinggal abang tapi nak wat cmner abang tak dapat nak ikut sebab dia pun ada kerja...so aku kena lah faham...abang aku awal-awal lg dah pesan pakai topeng..maklumlah H1N1..bahaya....syukur dapat juga aku bersama keluarga menyambut ramadhan tahun ni dgn berbuka puasa dan sahur bersama...walaupun abang tak dapat bersama...balik kampung mcm2 berita sensasi aku dengar...alhamdullilah adikku yang kahwin baru dah pun mengandung..begitu juga kak nor aku pun dah mengandung..aku gembira mendengar berita itu namun jauh disudut hati aku hanya Allah je tahu....aku berharap aku uga akan mendapat khabar gembira itu...tapi aku redha dengan segala yang Allah aturkan untuk aku..pasti ada hikmahnya...so yang aku harus bersabar, berusaha, doa dan tawakal...insyaalah Allah pasti akan memakbulkan doa kau untuk mendapat khabar baik itu..amin...

Thursday, August 20, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Ramadhan tiba lagi....kehidupan aku tetap sama....belum ada apa-apa tanda aku akan menyambut orang baru...aku harap ramadhan kali ini lebih bermakna dan menjadi aku lebih kuat berusaha memohon doa dari Allah untuk memenuhi hajat.....aku harap puasa tahun ini meNdapat keberkatan Allah...dapat tambah banyak pahala serta dapaT memohon keampunan pada Allah atas dosa yang pernah aku lakukan dulu....aku harap aku akan dapat lebih ketenangan di bulan yang penuh dengan keberkatan ini...melakukan ibadat sebaik yang mungkin...aku amat menunggu kahadiran mu RAMADHAN..............

Saturday, August 15, 2009

bosan nya...

Hari ni aku dok umah ngan adik je...dari pagi abang dah kuar g pasar...balik rehat jab lepas tu kuar lagi belajr memandu lak...balik kul 1 tghari...kul 3 kuar lagi...ada catering ngan kawan ye...aku suka kalo ada keje faedah dia buat tapi aku bosan kat umah tak tau nak wat pe...dah bisa ada abang depan mata..rindu n sayang abang... hari aku siapkan blog abang sakit pinggang aku dok mengadap komputer ni...tapi alhamdullilah dah siap separuh harap ada yang nak melawat blog abang aku sorang ni n dapat banyak tempahan...amin... sila lawat blog abang ku tersayang....reezalcatering.blogspot.com

Sunday, August 9, 2009

exam dh habis sem 1

alhamdullillah..exam sem ini dah pun berakhir...ni tunggu mase nak masuk sem dua..rasa baru je masuk belajar tapi tup tup dh habis satu sem aku belajar....ada 9 sem lgi...sabar k...buat betul-betul n be the best in your live..k ngantuk bye..next time continue...

Friday, July 31, 2009

cuti exam bermula...

risau, gelisah, macm2 lg perasaan aku ni...Hari isnin dah exam final untuk semester pertama aku....
aku doakan moga aku dapat the best aku tak nak main2 macm aku diploma dulu...
menyesal bila ingat tak sungguh2 masa dip dulu..tapi wat cmner semua tu dah lepas apa yang penting masa akan datang ni...aku nak ubah hidup ini lebih baik...insyaalah...

Sunday, July 26, 2009

kursus perkhidmatan kat cameron higland


asssalamualaikum....
ni ade story baru ni kursu kat cameron higland, kursus sgt lah konon sebenar ye jalan je lebih...tu syarat je melengkapkan syarat 7 kali setahun,,betul tak...jabatan aku buat tapi tak adil lah tahun lepas dh buat kat situ...tahun ni kat situ lagi...tapi group lagi satu buat kat langkawi..beat tu..aku nak g sana...tup-tup kat temapt sama gak aku dapt g..tapi syukur lah ade yang nak hantar kan...aku syukur cuma tak adil je...hehehe... ape pun sempat lah aku rakam kenagan kat cameron tu...sejuk gile kat san ...tak dapt nak tido..lepas tu aku terpilih lah jadi mc....malang betul aku rasa...yelah aku ni bukan pun boleh berhadapan ngan orang ramai mulalah menggelabah...buat2 lah pandai walaupun tergagap-gagap...saje diarang ni nak kenakan aku..terpaksa lah aku redha je..k lihat lah diru ku ini..wasalam

Sunday, June 14, 2009

wanita


~Wanita Solehah~Mulianya seorang isteri disisi Allah...

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini

pada keluarga, suami dan anak-anak

Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri

mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di

akhirat kelak.

Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah

dia bekerjadengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh....

7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang

tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , Bila dah bersalin tu,

susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...

Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak....

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja

dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah

pada suami , Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat

deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!!

Kata nak pahala lebih... Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..

...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...Satu lagi

berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandungAllah sentiasa

mengampunkan dosanya,Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.Inilah nikmat

Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak?Marilah kita

pegang kepada tali Allah.Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap

mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang bukan Islam, dia

tak dapat masuk Syurga tapiAllah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan

semua wanita yang bersuamiseluruh kebaikan suaminya, semuanya

isteri dapat pahalatetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.Di akhirat nanti seorang

wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima di

atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Contohnya bila dia redha

suaminya pergi berjemaah di masjidatau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran

Alah ke atasnya jua. .Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di

titianSirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,jadi dia pun

memberi pahalanya kepadasuami untuk lepas masuk syurga.Di dunia

lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di

akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung

terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.Manakala suami pula

mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak

isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa

yang lain..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariatAllah agar tidak derhaka denganNya.Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapakkaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampirkepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankanwanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.~Muslimah Solehah~Woman was made from the rib of man,She was not created from his head to top him,Nor from his feet to be stepped upon,She was made from his side to be close to him,From beneath his arm to be protected by him,Near his heart to be loved by him."Wahai Tuhan...ku tak layak ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu ..."Ya Allah...jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telahmeninggal dunia"......Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah inidi sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Thursday, June 4, 2009

hari lahir adik lelaki tersayang








assalamualaikum
hari ini hari lahir adik lelaki tersayang...kesian dia sambutan tak seperti sebelum ini...di kg ada jamuan jemput kawan dan paling seronok dapat hadiah...tapi tahun duduk ngan akak ye akak ye tak dapat melengkapi keinginan ye tapi tetap sambut juga cuma kecil-kecilan beli kek sambut ngan sepupu ye...semalam kak nor dah bawa g mandi-manda kat shah alam..kesian adik aku...aku tau dia sedih,,,tak seronok sambut hari lahir kat sini....tapi aku pun tak tau nak gembira nya....kadang-kadang sedih tak dapat nak bagi yang terbaik untuk adik aku seorang ni..hhhuhuhu....tapi adik tersayang along doakn adik cemerlang dalam UPSR dan meniti kehidupan ini dengan penuh keberkatan dan berjaya sebagai insan berguna satu hari nanti......sayang adiku..selamat hari lahir muhammad nor harith yang ke 12.........5.6.2009

Tuesday, May 26, 2009

luahan hati




Insan yang lemah

Kita ingin dekat dengan Allah
Tapi Syaitan sentiasa menghampiri kita
Kita inginkan kebahagian
Tapi selalu kedukaan yang mendatangi kita

Kita mahu beri yang terbaik
Tapi kesilapan selalu kita lakukan
Kita mahu beri keceriaan
Tapi tangis yang selalu kedengaran

Kita mengharapkan gurau senda

Tapi selalu tersasul kata-kata nista
Kita ingin kedamaian jiwa
Tapi jiwa selalu huru-hara

Kebahagian, keceriaan, kedamaian
Di harap setiap insan
Tapi Kedukaan, tangisan, kesedihan
Selalu bersama kita

Aku insan yang lemah
Kepadamu kuharap kekuatan
Bimbingan dari mu Allah
Itulah yang kuharapkan

Nukilan;

NOORNI
27 Mei 2009


Wednesday, May 13, 2009

keinginan tercapai.........

nak g daftar belajar..heehehe..




alhamdullillah....mula 23 april 2009 aku telah mendaftarkan diri untuk sambung belajar kat uum kl....tercapai juga impian aku nak sambung belajar..aku doakan agar aku dapat menamatkan pelajaranku ini dengan result yang cemerlang...dan mendapat pekerjaan yang lebih baik untuk mengubah keadaan keluarga ku nanti....aku mesti kuat kan semangat untuk mengejar ilmu ni...restu amat aku harapkan ..terima kasih sayang atas sokongan dan restu darimu untuk aku meneruskan perjuangan ini...aku doakan sayang juga berjaya dalam bisnes sayang k...mmuahhh

Tuesday, May 12, 2009

tunang n kahwin adik kedua dan ketiga
















ni adik yang kahwin





ni adik kedua...tunang je lum kahwin lg...







syukur alhamdullillah..dengan izin nya semua majlis berjalan dengan lancar...pagi majlis tunang adik kedua dan petang persandingan adikku yang ketiga...aku doakan mereka berdua bahagia hendaknya...kurang beban mak aku fikirkan adiku sorang tu..akhirnya kahwin juga walaupun macam2 dugaan ...

Thursday, April 16, 2009

saat-saat sedih!!!!

  • 16 April 2009...kali terakhir bos aku Puan Habibah datang jabatan perangkaan untuk berjumpa buat kali terakhir dengan rakan kerja disini...terutama anak buah kesayangan dia kitaorang lah aku, ain dan ina..hehehe perasan lak...sedih nak berpisah dengan puan tapi nak buat mcmana setiap pertemuan pasti ada perpisahan...tapi hati kami bertiga memang sedih kerana kehilangan seorg bos yang baik bagi kami dan memahami jiwa kami...
kesedihan yang tak dapat digambarkan
  • Puan sibuk mengemas barang2nya...

  • sempat lagi ambil gambar kami buat kenangan,
  • kalo rindu tengok gambar kami tu k...Puan sentiasa dihati kami

Tuesday, April 14, 2009

PUAN HABIBAH MOHAMED YATIM DAN BILIK KOMPETENSI

Tanggal 14 april 2009, aku mendapat berita tentang kelulusan perpindahan Puan Habibah ke tempat keje baru di melaka...berkuatkuasa 16 april 2009...

  1. aku bersyukur segala kepayahan Puan selama ini membuahkan hasil tapi jauh disudut hati aku sayang untuk berpisah dengan nya...bagi aku dia seorang bos yang baik dan senang berurusan dalam semua keje termasuk hal peribadi..seorang yang tidak kedekut ilmu dan ikhlas membantu...



  2. dulu bilik kompetensi tegang sampai kini masih tegang tapi keceriaan puan aku tak terasa ketegangan bilik ini tapi selepas permegian puan , mungkin bilik ini akan kembali suram bagaikan bilik mayat..tiada lagi gurauan, sepi tanpa gelak ketawa...menurut perintah tanpa kerelaan..memendam rasa tanpa mampu diluahkan kerana tiada kuasa...emmm...entahlah bila akan berakhir..puan seorang yang baik hati, sentiasa ceria walaupun ada kisah duka disebaliknya...



  3. ini kenangan mase jadi urusetia ptk E52 di bayview melaka...ina , ain , puan dan aku...cantik tak kami?..hehehe





















hanya tinggal kenangan
























Thursday, April 9, 2009

Nasi Lemak


Assalamualaikum..
penat hari ni...semalam tido lewat siapkan barang nak buat nasi lemak untuk hari ni...aku dan abang dapat tempahan nasi lemak 100 bungkus dari bos aku kat tempat keje aku...ni order yang paling banyak aku terima sejak aku dan abang memulakan perniagaan nasi lemak...ngantuk ye...yelah kena bangun awal yelah nak bungkus 100 banyak tu...tapi dah rezeki masuk terima je lah..abang aku lagi kesian kena bangun awal masak... dia bangun kul 2pagi aku lak kul 4 pagi sebab dia masak aku bungkus je...aku tak suka nak menyibuk mase dia tengah masak lebih baik jgn ganggu..bukan maksud aku ni tak nak tolong dia tapi lagi lambat kalo aku ade nanti....jadi tido je lah..yelah aku kan nak keje pagi esok..nasib dapat suami mcm abang aku rajin buat semua tu...nak isteri macam aku tak de lah nak bangun pagi2 buat semua tu...aku bersyukur dapat abang aku tu...nasi lemak tu aku kena bagi kat semua staf kat ofis...bos aku belanja sempena dapat anak baru ni...bertuah ye dia dapat baby lelaki..aku entah bile lah nak merasa ade baby mcm orang lain so kene lah sabar dan banyak doa pada Allah...belum rezeki aku lagi...doakan aku pun dapat baby k...amin

Permulaan..

Salam, hai semua..permulaan dalam mencoret kata-kata yang aku pun tak tau ape nak dicoretkan lagi tapi nanti aku akan fikirkan...jadi salam perkenalan buat semua semoga blog ini akan memberi manfaat pada ku dan semua terutama buat kaum kerabat dan kawan2 yang aku sayang...jumpa lagi nanti..wasalam