Thursday, February 28, 2013

Saat-saat terakhir bersama ma tersayang

Assalamualaikum,


Belum lenyap lagi kenangan bersama ma di saat-saat akhir hidup ma bersamaku. Masih tergiang-giang kata-kata meninggalkan pelbagai pesanan buatku.. terbayang-bayang saat-saat melakukan aktiviti bersama-sama. tidak pernah terlintas bahawa itu adalah hari-hari terakhirku di sisimu...sukarnya hidup ini bila teringatkannya...along ingat lagi..ma kata ' kalo along balik putrajya dari sini tinggalkan ma, ma pasti akan menangis sedih tp kalo ma yang balik dari putrajaya ma boleh tahan lagi perasan ma', rupanya ma tak sanggup nak lihat along pergi meninggalkan ma bersendirian di rumah tu, ma pergi meninggalkan along dulu..along sedih bila teringatkan ye...along tau ma sunyi tanpa along kat umah tu,  along minta maaf tak dapat nak temani ma selama ini. dan akhirnya Allah terlebih dulu mejemput ma. Sayang Allah pada ma. saat akhir ma ada cakap juga ' along selalu fikirkan orang lain dulu, sampai kehendak along selalu along ketepikan, ma kata bagus sikap tu tp ma tetap suruh along penuhi juga kehendak along'. Dulu apa along buat adalah untuk ma. along nak gembira kan ma tp sampai sekarang along masih tak mampu nak buat terbaik. Ma bagaikan pakwe along, kekasih hati along, pengarang jantung along dan segalanya bagi along. demi ma along sanggup korban diri along buat ma tp ma telah korbankan diri ma untuk kami sekeluarga. melihat kami gembira. melihat along gembira. along sedih sangat tak dapat buat hidup ma sempurna masa hidup ma. along minta maaf ma.. sampai hari terakhir ma masih nak penuhi kehendak anakmu ini, oh ma...besar sungguh pergorbananmu, temani along jalan-jalan walaupun ma tak terdaya...ma takut ma tak sempat kata ma masa tu, tak sangka itu rupanya petanda ma akan pergi selamanya meninggalkan along..masa ma ada along dok sini pasti menangis kerinduan pada ma. tp along masih boleh dengar suara ma kat telefon, tapi kini bila along rindu along tak boleh lagi dengar suara ma kat telefon...Berilah aku kekuatan Ya Allah. Sesungguhnya kekuatan darimu amat aku perlukan di saat ini. bagi meneruskan perjuangan demi suami dan anak-anak.

No comments:

Post a Comment