Monday, February 25, 2013

Kau lah Ibu Kau Jua kekasih

Assalamualaikum,

Lama tidak masuk ke ruangan ini...rindu bertamu..meluahkan apa yang berat dihati ini..agar ketenangan dapat menyinggah di hati ini...

Tanggal 13hb Januari 2013 merubah segala yang ada pada ku..pemergian ibu tersayang sangat menyentap jiwa dan raga aku...tidak tergambar bagaimana ingin kutempuh hidup ini tanpa ibuku...pemergian betul-betul membuat hidup rutinku berubah..aku rindukan nya...dulu kalo rindu masih dapat lagi kudengar suara di corong telefon..kini semua itu lenyap sekelip mata..tiada lagi suaranya..tiada lagi wajahnya untuk kutatap...tiada lagi ketawa, tangisannya, kata-kata nasihat darinya..kata-kata kesabarannya darinya..dia pergi jauh..terlalu jauh dariku yang tak mungkin ku jumpanya lagi didunia ni...tanpa kita sedari Allah boleh ambil apa yang kita sayang dalam sekelip mata...terlalu sekejab aku bersamanya...kebahagian hanya sebentar...hanya sebentar aku kongsi duka bersama nya..aku terlalu menyayanginya..tetapi Allah lebih menyayanginya...moga ma damai di alam sana...kerinduan kadang-kadang sukar dibendung..tapi aku terpaksa tempuhinya juga kerana aku masih lagi bernyawa di dunia ini...sukar menerima yang ibuku telah pergi meninggalkan aku buat selamanya...betul ke ibuku sudah tiada? oooo..Ya Allah bagilah aku kekuatan untuk aku dalam meneruskan hidup ini agar sentiasa berada dalam keredhaanmu dan rahmatmu...

Thursday, August 4, 2011



Assalamualaikum...






Salam Ramadhan Buat semua...semoga mendapat pahala yang melimpah ruah di bulan ini...Alhamdullilah Allah memberi aku kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa pada tahun ini...aku harap ia berterusan sampai penghujung ramadhan...agar kekuatan ini terus bersama-sama aku....aku berharap sepanjang bulan ini aku dan bayi ini sihat, menjadi manusia yang melawan segala dugaan dengan baik...Agar juga berharap pada Ilahi agar turut memberi kesihatan yang baik kepada suami tercinta...agar memberi rezeki yang banyak kepada suami dalam usahanya mencari rezeki yang halal untuk diriku dan bakal anak nanti...moga dirinya tabah menghadapi dugaan yang Allah berikan padanya...agar dirinya kuat menghadapi dugaan dan cubaan yang datang...amin..

Wednesday, July 27, 2011

Lama tak Menjengah..








Assalamualaikum,









Lama aku tak menyinggah di laman ini..meluahkan rasa...sejak aku disahkan bakal menjadi seorang ibu, aku jarang berada di sini meluahkan rasa hati ini..sesungguhnya aku bersyukur pada Allah kerana diberi peluang merasai bagaimana seorang ibu mengandung..sesungguhnya aku berharap menjadi ibu jika diizinkan oleh Allah..saat-saat itu bakal menjelma tidak lama lagi..aku masih menunggu dan berharap mampu menunaikan tanggungjawab sebagai ibu yang baik untuk anak aku...rupanya dalam fasa mengandung ini banyak juga dugaan yang harus kutempuh tp Alhamdullilah dugaan itu tidak lah sehebat org lain...alahan tidak seteruk rakan-rakanku yang ku kenal..aku bersyukur sangat..harap kehadiran anak yang bakal tiba ini akan menambahkan kasih sayang aku bersama suami tercinta...di saat org sekeliling merasai kehadiran cahaya mata..aku akan bakal menyusuri mereka merasai detik itu....aku amat bersyukur padamu Ya Allah...kini aku di fasa ketiga kehamilan ku..merasai detik paling indah..pergerakan bayi dalam kandungan...merasai kehadirannya...bahagia...


Thursday, February 10, 2011

Yang kutunggu-tunggu...

Syukur Alhamdullillah..akhirnya doaku dimakbulkan oleh Allah...Sungguh besar kebesaranmu Ya Allah..aku doakan agar kandunganku sentiasa sihat dan bakal menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...

Sunday, February 28, 2010

Perkahwinan Huda and Najib



















Assalamualaikum..lama aku tak menjengah di sini...tiada apa dapat ku kongsikan dan kini aku ingin berkongsi kesyukuran dengan perkahwinan adik aku...aku turut rasa gembira atas perkahwinannya dan berharap dia akan berbahagia dan menjalani kehidupan sebagai isteri yang solehah.......amin.

Monday, January 11, 2010

himpunan kasih umm bersama anak-anak sindrow dowm






Assalamualaikum....

projek himpunan kasih kumpulan nur kasih bersama-sama anak-anak istimewa telah berlangsung dengan jaya...alhamdullilah akhirnya apa dirancang menjadi kenyataan...kerjasama antara ahli kumpulan membawa kejayaan kepada projek yang telah pun berlangsung...saya harap dapat berkerjasama lagi pada masa akan datang.........hidup group nur kasih...........

Tuesday, September 1, 2009

BALIK KAMPUNG..........

macam pakar bedah..hehehe

dah lama tak balik kampung...puasa dah beberapa hari baru dapat balik kg jumpa keluaraga..tapi aku balik hanya berdua dengan adik aku...sedih nak tinggal abang tapi nak wat cmner abang tak dapat nak ikut sebab dia pun ada kerja...so aku kena lah faham...abang aku awal-awal lg dah pesan pakai topeng..maklumlah H1N1..bahaya....syukur dapat juga aku bersama keluarga menyambut ramadhan tahun ni dgn berbuka puasa dan sahur bersama...walaupun abang tak dapat bersama...balik kampung mcm2 berita sensasi aku dengar...alhamdullilah adikku yang kahwin baru dah pun mengandung..begitu juga kak nor aku pun dah mengandung..aku gembira mendengar berita itu namun jauh disudut hati aku hanya Allah je tahu....aku berharap aku uga akan mendapat khabar gembira itu...tapi aku redha dengan segala yang Allah aturkan untuk aku..pasti ada hikmahnya...so yang aku harus bersabar, berusaha, doa dan tawakal...insyaalah Allah pasti akan memakbulkan doa kau untuk mendapat khabar baik itu..amin...